Monday, November 1, 2010

TATIUC - HAT YAI . Part 2

JUMAAT
  5.30  pagi  : Bangun awal sebab belum dapat biasakan diri dengan tempat baru dan solat.
  9.00  pagi  : Makan pagi di Sulaiman Restoran.
11.30  pagi  : Destinasi pertama, Nora Plaza ( Jual barangan kulit seperti dompet , beg tangan, tali pinggang, ole-ole dan macam-macam lagi).
12.00 tengahari : Singgah di Pantai Ikan Duyung. Terdapat patung ikan duyung di gigi pantai. Ramai pelancong mengambil kesempatan untuk bergambar bersama. Saya membeli sedikit ole-ole sebagai kenangan. 
 12.30 tengahari : Makan tengahari di tepi pantai.  Menu tomyam merah + ikan masak 3 rasa + telur dadar + sayur campur + nasi putih. Sangat mendamaikan dan mengenyangkan, Alhamdulillah.
13.30 petang    : Melawat Tang Kuan Hill. Harga tiket 30 Bhat ( RM 3.00). Dapat lihat pemandangan bandar Songkhla dari atas bukit berkenaan.
14.30 petang    : Melawat Naga Head dekat Song Thale Park , Songkhla.
Naga Head at Song Thale Park, Songkhla City.Image via Wikipedia16.00 petang    : Singgah berehat minum jeli kelapa di tepi jalan. Marvelous!
16.20 petang    : Membeli belah di kilang jual kekacang, makanan kering dan lain lain.
17.00 petang    :Melawat Floating Market. Sungguh saya amat kagum dengan cara mereka mengekali adat yang dulu.
18.30 petang    : Balik semula ke Sakura Hotel , solat jamak ta`khir ( Zuhur + Asar).
20.00 malam    : Solat jamak taqdim ( Maghrib + Isya`). Naik Tuk- Tuk menuju ke Pasar Malam. beli T-Shirt.
00.30 malam    : Kembara Mimpi...ZZzzzzz
SABTU
  6.00 pagi     : Bangun dan solat
  8.30 pagi     : Makan pagu di Sulaiman Restoran. Menu Roti Canai Telur dan Teh Tarik . Harga 40 Bhat.
  9.00 pagi     : Naik Tuk - Tuk ke Bazaar Market.Macam- macam ada kat situ. Yang penting ada fulus.
12.00 tengahari :Check out dan bersiap sedia untuk pulang.
AHAD
6.15 pagi      : Sampai di TATIUC..Alhamdulillah..
Enhanced by Zemanta
AHMADZ TATIUC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...