Kami bertolak dari TATIUC , Telok Kalong , Kemaman jam 9.00 malam -+. Percutian selama 3 hari 4 malam ini merupakan program pertama saya bersama dengan kakitangan TATIUC. Oleh kerana program kali ini adalah berbentuk santai, banyak persinggahan yang menjadi sasaran kami.Memulakan perjalanan dengan iringan bacaan doa safir moga dilindungi dari musibah.
RABU
22.30 malam : Singgah makan dan minum di Kawasan Rehat Gambang.
KHAMIS
3.00 pagi : Singgah minum dan makan ringan di Kawasan Rehat Tapah.
5.50 pagi : Singgah untuk Solat Subuh berjemaah di Kawasan Rehat Sungai Perak.
9.30 pagi : Kami singgah lagi di Kawasan Rehat Gurun untuk minum pagi .
10.45 pagi : Kami selamat sampai akhirnya di sempadan Bukit Kayu Hitam. Semua bagasi dibawa turun keran 3 buah van komuter siap sedia menunggu di situ. Proses di pondok imigresen Hat Yai memakan masa lebih kurang sejam.
11.45 pagi : Alhamdulillah , kami masuk ke negara Thailand dengan selamat dan singgah di kedai tukar matawang. Saya dapat sebanyak 2,880.45 Bhat setelah tukar sebanyak RM 300.00
12.00 tengahari : Menuju Sadao , Kawasan Menjual Bundle (Pakaian Terpakai) dan Bahan Basah. Saya dipahamkan oleh seorang penjual di situ berasal dari Patani yang barang di situ kebanyakkan di ambil dari Bangkok dan tiruan kelas pertama dan kedua.Saya sempat membeli buah pir berharga 20 Bhat bersamaan RM 2.00.
13.45 tengahari : Makan Tengahari di Malay Restoran kepunyaan Pak Rahim ( asal Narathiwat). Menu nasi putih + tomyam putih + ikan 3 rasa + telur dadar sangat menyelerakan.
14.30 petang : Check in di Sakura Hotel berlokasi di tengah bandar Hat Yai. Saya dapat bilik 902 , tingkat paling atas bersama Azahari.
20.00 malam : Semua orang ke pasar malam untuk memulakan aktiviti membeli belah sedangkan kami masih lena diulit mimpi. Saya dikejutkan Azahari pada pukul 9.15 malam waktu Malaysia bersamaan 8.15 malam waktu Thailand.
20.30 malam : Kami berdua turun ke kedai 7 Eleven untuk beli air mineral sebab dalam peti sejuk disediakan air mineral berserta arak beer jenis Heineken , akibatnya peti sejuk kami tidak disentuh dan selepas itu kami berjalan-jalan di kawasan bandar. Malangnya kebanyakkan kedai sudah tutup.
22.30 malam : Kami berehat di kawasan luar lobi hotel sambil bersembang . Fauzan membawa balik Nasi Beriani Ayam Goreng Bawang. Jazakallahu khairan Ya Fauzan!
00.15 pagi : kembara mimpi...Zzzzz
0 comments:
Post a Comment