Monday, November 22, 2010
SPM 2010 bermula
Hari ini , Selasa bersamaan dengan 23 November 2010 adalah tarikh yang ditunggu oleh calon - calon SPM 2010. Bahasa Melayu Kertas 1 bermula sebelah pagi pada jam 8.00 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 bermula sebelah petang pada jam 2.00 petang.Adik saya juga akan menduduki peperiksaan SPM pada pagi ni.. Wish you all good luck and do all your best !
Justeru , saya berasa terpanggil ingin berkongsi sedikit tips dari segi kerohanian kepada calon - calon SPM . Sebab asas kejayaan adalah usaha ditambahkan dengan tawakal (bergantung penuh kepada ALLAH TAALA) . Saya kira dari calon - calon SPM sememangnya sudah bersedia dari sudut ulangkajinya , tinggal lagi aspek rohaninya pula.
1) Jaga solat fardhu dengan menunaikan secara berjemaah. Banyak fadhilatnya berbanding solat bersendirian.
2) Bacalah Al-Quranul Karim setiap hari secara istiqamah ( berterusan) walaupun 5 ayat !
3) Buat solat hajat 2 rakaat sebelum keluar rumah untuk ke dewan peperiksaan . Moga ALLAH TAALA permudahkan segala urusan dan menenangkan hati yang gelisah.
4) Ketika berada di dewan peperiksaan, perbanyakkanlah selawat kepada As-Syafi` Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dan Surah Al-Insyirah.
* Peringatan - Jadilah HAMBA ALLAH TAALA , bukannya HAMBA Peperiksaan SPM. Maksudnya , tahap pergantungan kepada ALLAH TAALA itu bukanlah di kala susah sahaja, di kala senang kita terus melupakan ALLAH. Teori tersebut tersangatlah salah untuk di amalkan.Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ubudiyyah kita kepada ALLAH TAALA . AHMADZ TATIUC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment