Wednesday, November 17, 2010

Malaysia Multimedia University & University of Kuala Lumpur

                    Satu lawatan kerja ke Kuala Lumpur membabitkan dua buah universiti swasta iaitu Malaysia Multimedia University , Cyberjaya dan Kampus Induk Universiti Kuala Lumpur . Rombongan TATIUC seramai 8 orang bertolak dari TATIUC pada 10 November 2010 jam 5.00 petang.
                   Anggota rombongan kami iaitu ;
1) En. Zamanuddin bin Zakaria (K)
2) En. Wahib bin Abd Ghani
3) En. Ahmad Wafee bin Sulaiman
4) Pn. Nur Syuhada binti Mohamad Razi
5) Cik Mazuriahana binti Mohammad
6) En. Adnan bin Abdullah
7) Cik Zaiha Shafawati binti Zainu
8) Cik Nor Hikmah binti Kamarudin
                                          MALAYSIA MULTIMEDIA UNIVERSITY, Cyberjaya.
                    Seusai bersarapan pagi di hotel lebih kurang jam 8.30 pagi , rombongan kami terus menuju ke MMU, Cyberjaya kerana mengikut apa yang dijadualkan, kami akan disambut oleh En Fakhrul(Pegawai Perhubungan Luar MMU) pada jam 9.30 pagi. Faktor yang kedua bagi mengelakkan berkampung dalam kesesakan jalanraya.
                    Kami dibawa ke bilik taklimat dan diberi penerangan ringkas tapi padat mengenai MMU oleh Mrs. Yvonne Lye Boon Ling , Assistant Manager Centre for International Student Recruitment. Kemudian , Puan Suhaili binti Abu Bakar memainkan peranan beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar merangkap pentaklimat kedua. Setelah itu , sesi Q & A dijalankan selama 30 minit.
                     Kemudian kami dibawa melawat sebahagian kampus , antara yang menjadi sasaran ialah Pejabat Hal Ehwal Pelajar , One Stop Centre ( Pusat Kegiatan Pelajar - insyaALLAH akan di aplikasikan di TATIUC pada tahun mendatang , pakat pakat doalah  yer) dan Perpustakaan Siti Hasmah ( E- Library).
                                        KAMPUS INDUK UNIVERSITI KUALA LUMPUR
                    Kami tiba jam 2.30 petang selepas menjamu selera di Restoran Naim di Jalan Chow Kit. Kesudian Pengarah UniKL International Office , ASSOC. PROF. DR. JAMEL OTHMAN menjemput rombongan kami amatlah kami hargai.Kemudian beliau membawa kami ke Senate Meeting Room berlokasi di 29 Floor.

                    Taklimat UniKL lebih kepada santai kerana  kemungkinan waktu kami tiba adalah waktu "perdana" , jadi tema santai dipilih oleh tuan rumah. Kami mendengar taklimat sambil menjamah hidangan yang disediakan . Penerangan yang cukup padat tapi tidak mengambil masa yang lama oleh ASSOC. PROF. DR. JAMEL OTHMAN. Kemudian ketua rombongan kami En Zamanuddin memainkan peranan beliau sekaligus meneruskan sesi Q & A .
                    Sesi lawatan kampus diteruskan dengan menuju ke kawasan sasaran iaitu Perpustakaan dan MIIT Lab. Kampus Induk mempunyai perpustakaan 3 tingkat iaitu tingkat 13 ,  14 dan 15 . Lebih kurang jam 5.30 petang , rombongan kami bertolak pulang ke Vistana Hotel , Kuala Lumpur.
                   Kami tiba di TATIUC pada Khamis  11 Nov 2010 jam 5.30 petang. Sesungguhnya dengan lawatan bermaklumat sebegini sangatlah digalakkan kerana ilmu dan pengalaman bagi mengendalikan pelajar-pelajar antarabangsa yang dikongsikan bersama kami tersangatlah kami hargai. Moga TATIUC melangkah maju pada tahun mendatang , insyaALLAH. Tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pihak Universiti yang sanggup dan sudi menerima kami selaku tetamu mereka.
Jazakallahu Khairan Kathira.
Enhanced by Zemanta
AHMADZ TATIUC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...