Raya Aidil Adha kali ini adalah merupakan kali pertama setelah 5 kali beraya di perantauan. Alhamdulillah penyertaan dalam ibadah korban di Kampung Gong Pauh , Chukai , Kemaman boleh dikatakan amat menggalakkan. 14 ekor lembu tiba di sebuah kawasan yang memang menjadi acara tahunan dijadikan tempat penyembelihan pada hari selasa 16 November 2010.
2 buah kanopi juga turut disediakan oleh pihak penganjur sebagai ruang menjamu selera dan berehat. Antara juadah yang disediakan mee goreng , keropok , ketupat goreng , cucur udang goreng panas( digoreng di kanopi tersebut ), pulut panggang , air mineral dan air bandung sejuk.Kedudukan strategik kanopi iaitu berhadapan dengan tempat penyembelihan lembu ditambah pula dengan cuaca yang agak panas memungkinkan kanopi dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Seusai membaca khutbah raya , kami bersalaman sesama jemaah kemudian para jemaah dijemput untuk turun bersama-sama ke "gelanggang korban" berlokasi di tepi Surau Haji Yaakob. Saya pulang ke rumah pada jam 9.15 pagi dan masih kedengaran suara-suara khatib di surau berhampiran berkhutbah. Faktor bermula solat pada jam 8.15 pagi merupakan penyebab utama surau kami selesai lebih awal .
Penyembelihan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Penglibatan daripada orang kampung dan peserta korban itu sendiri membuatkan kerja-kerja melapah serta membahagikan daging- daging korban menjadi lebih cepat.Golongan ibu sibuk menyediakan juadah tengahari kepada orang kampung.Daging Masak Gulai dan Sup Tulang ditambah dengan ikan masin goreng serta sambal belacan menjadi menu pilihan.
Pada sebelah malamnya, aktiviti "riben biru" keluarga besar saya iaitu BBQ bermula selepas solat isya`. Sos lada hitam buatan sendiri yang diajarkan oleh "Chef Sa`adi " menjadi pilihan utama.
AHMADZ TATIUC
Wednesday, November 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kali pertama raya mcm kali pertama lahir d muka bumi masia je.. hehehe
Post a Comment