Monday, November 22, 2010
SPM 2010 bermula
Hari ini , Selasa bersamaan dengan 23 November 2010 adalah tarikh yang ditunggu oleh calon - calon SPM 2010. Bahasa Melayu Kertas 1 bermula sebelah pagi pada jam 8.00 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 bermula sebelah petang pada jam 2.00 petang.Adik saya juga akan menduduki peperiksaan SPM pada pagi ni.. Wish you all good luck and do all your best !
Justeru , saya berasa terpanggil ingin berkongsi sedikit tips dari segi kerohanian kepada calon - calon SPM . Sebab asas kejayaan adalah usaha ditambahkan dengan tawakal (bergantung penuh kepada ALLAH TAALA) . Saya kira dari calon - calon SPM sememangnya sudah bersedia dari sudut ulangkajinya , tinggal lagi aspek rohaninya pula.
1) Jaga solat fardhu dengan menunaikan secara berjemaah. Banyak fadhilatnya berbanding solat bersendirian.
2) Bacalah Al-Quranul Karim setiap hari secara istiqamah ( berterusan) walaupun 5 ayat !
3) Buat solat hajat 2 rakaat sebelum keluar rumah untuk ke dewan peperiksaan . Moga ALLAH TAALA permudahkan segala urusan dan menenangkan hati yang gelisah.
4) Ketika berada di dewan peperiksaan, perbanyakkanlah selawat kepada As-Syafi` Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dan Surah Al-Insyirah.
* Peringatan - Jadilah HAMBA ALLAH TAALA , bukannya HAMBA Peperiksaan SPM. Maksudnya , tahap pergantungan kepada ALLAH TAALA itu bukanlah di kala susah sahaja, di kala senang kita terus melupakan ALLAH. Teori tersebut tersangatlah salah untuk di amalkan.Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ubudiyyah kita kepada ALLAH TAALA . AHMADZ TATIUC
Wednesday, November 17, 2010
Kali pertama beraya Eidul Adha 1431 H di kampung halaman ?
Raya Aidil Adha kali ini adalah merupakan kali pertama setelah 5 kali beraya di perantauan. Alhamdulillah penyertaan dalam ibadah korban di Kampung Gong Pauh , Chukai , Kemaman boleh dikatakan amat menggalakkan. 14 ekor lembu tiba di sebuah kawasan yang memang menjadi acara tahunan dijadikan tempat penyembelihan pada hari selasa 16 November 2010.
2 buah kanopi juga turut disediakan oleh pihak penganjur sebagai ruang menjamu selera dan berehat. Antara juadah yang disediakan mee goreng , keropok , ketupat goreng , cucur udang goreng panas( digoreng di kanopi tersebut ), pulut panggang , air mineral dan air bandung sejuk.Kedudukan strategik kanopi iaitu berhadapan dengan tempat penyembelihan lembu ditambah pula dengan cuaca yang agak panas memungkinkan kanopi dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Seusai membaca khutbah raya , kami bersalaman sesama jemaah kemudian para jemaah dijemput untuk turun bersama-sama ke "gelanggang korban" berlokasi di tepi Surau Haji Yaakob. Saya pulang ke rumah pada jam 9.15 pagi dan masih kedengaran suara-suara khatib di surau berhampiran berkhutbah. Faktor bermula solat pada jam 8.15 pagi merupakan penyebab utama surau kami selesai lebih awal .
Penyembelihan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Penglibatan daripada orang kampung dan peserta korban itu sendiri membuatkan kerja-kerja melapah serta membahagikan daging- daging korban menjadi lebih cepat.Golongan ibu sibuk menyediakan juadah tengahari kepada orang kampung.Daging Masak Gulai dan Sup Tulang ditambah dengan ikan masin goreng serta sambal belacan menjadi menu pilihan.
Pada sebelah malamnya, aktiviti "riben biru" keluarga besar saya iaitu BBQ bermula selepas solat isya`. Sos lada hitam buatan sendiri yang diajarkan oleh "Chef Sa`adi " menjadi pilihan utama.
AHMADZ TATIUC

Labels:
BBQ,
Eid al-Adha
Malaysia Multimedia University & University of Kuala Lumpur
Satu lawatan kerja ke Kuala Lumpur membabitkan dua buah universiti swasta iaitu Malaysia Multimedia University , Cyberjaya dan Kampus Induk Universiti Kuala Lumpur . Rombongan TATIUC seramai 8 orang bertolak dari TATIUC pada 10 November 2010 jam 5.00 petang.
Anggota rombongan kami iaitu ;
1) En. Zamanuddin bin Zakaria (K)
2) En. Wahib bin Abd Ghani
3) En. Ahmad Wafee bin Sulaiman
4) Pn. Nur Syuhada binti Mohamad Razi
5) Cik Mazuriahana binti Mohammad
6) En. Adnan bin Abdullah
7) Cik Zaiha Shafawati binti Zainu
8) Cik Nor Hikmah binti Kamarudin
MALAYSIA MULTIMEDIA UNIVERSITY, Cyberjaya.
Seusai bersarapan pagi di hotel lebih kurang jam 8.30 pagi , rombongan kami terus menuju ke MMU, Cyberjaya kerana mengikut apa yang dijadualkan, kami akan disambut oleh En Fakhrul(Pegawai Perhubungan Luar MMU) pada jam 9.30 pagi. Faktor yang kedua bagi mengelakkan berkampung dalam kesesakan jalanraya.
Kami dibawa ke bilik taklimat dan diberi penerangan ringkas tapi padat mengenai MMU oleh Mrs. Yvonne Lye Boon Ling , Assistant Manager Centre for International Student Recruitment. Kemudian , Puan Suhaili binti Abu Bakar memainkan peranan beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar merangkap pentaklimat kedua. Setelah itu , sesi Q & A dijalankan selama 30 minit.
Kemudian kami dibawa melawat sebahagian kampus , antara yang menjadi sasaran ialah Pejabat Hal Ehwal Pelajar , One Stop Centre ( Pusat Kegiatan Pelajar - insyaALLAH akan di aplikasikan di TATIUC pada tahun mendatang , pakat pakat doalah yer) dan Perpustakaan Siti Hasmah ( E- Library).
KAMPUS INDUK UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Kami tiba jam 2.30 petang selepas menjamu selera di Restoran Naim di Jalan Chow Kit. Kesudian Pengarah UniKL International Office , ASSOC. PROF. DR. JAMEL OTHMAN menjemput rombongan kami amatlah kami hargai.Kemudian beliau membawa kami ke Senate Meeting Room berlokasi di 29 Floor.
Taklimat UniKL lebih kepada santai kerana kemungkinan waktu kami tiba adalah waktu "perdana" , jadi tema santai dipilih oleh tuan rumah. Kami mendengar taklimat sambil menjamah hidangan yang disediakan . Penerangan yang cukup padat tapi tidak mengambil masa yang lama oleh ASSOC. PROF. DR. JAMEL OTHMAN. Kemudian ketua rombongan kami En Zamanuddin memainkan peranan beliau sekaligus meneruskan sesi Q & A .
Sesi lawatan kampus diteruskan dengan menuju ke kawasan sasaran iaitu Perpustakaan dan MIIT Lab. Kampus Induk mempunyai perpustakaan 3 tingkat iaitu tingkat 13 , 14 dan 15 . Lebih kurang jam 5.30 petang , rombongan kami bertolak pulang ke Vistana Hotel , Kuala Lumpur.
Kami tiba di TATIUC pada Khamis 11 Nov 2010 jam 5.30 petang. Sesungguhnya dengan lawatan bermaklumat sebegini sangatlah digalakkan kerana ilmu dan pengalaman bagi mengendalikan pelajar-pelajar antarabangsa yang dikongsikan bersama kami tersangatlah kami hargai. Moga TATIUC melangkah maju pada tahun mendatang , insyaALLAH. Tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pihak Universiti yang sanggup dan sudi menerima kami selaku tetamu mereka.
Jazakallahu Khairan Kathira.

Lawatan
Wednesday, November 3, 2010
Melukis gambar menggunakan huruf ?
Unik dan menarik ! Lukis gambar dengan huruf - huruf ? Saya tidak pandai membuat silap mata , tetapi saya mahu berkongsi dengan pembaca budiman sekalian tentang sesuatu yang menarik ini. Agaknya ramai yang belum mengetahui tentangnya. Cuba pembaca lihat gambar contoh di bawah :
haaa...cantik takkkk ( dengan nada ah lex -pereka luaran terkemuka Papua New Geinua).
jika anda berminat , bolehlah membuat `tempahan` dengan seberapa segera dengan membuat carian seperti berikut :
1) Taip photo2text di carian google dengan seberapa segera!
2) Sekiranya anda teruja , sila tekan butang LIKE , tanda anda setuju..
terima kasih...
*p/s : saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu dengan pembaca ...

Tip
Monday, November 1, 2010
Konvokesyen TATI University Collage 2010
TATIUC |
Sabtu , 09 Oktober 2010 dipilih sebagai tarikh Majlis Konvokesyen TATI University Collage Kali Ke- 4 bertempat di Dewan Besar , Kampus ITC , Kolej Universiti TATI , Teluk Kalong , Kemaman , Terengganu.
Majlis ini telah dirasmikan Canselor TATI University Collage, Tan Sri Dato ` Ir Dr . Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Yaacob. Seramai 369 graduan daripada 7 program diploma kemahiran yang ditawarkan.
Saya dilantik sebagai pembaca doa dalam majlis yang penuh gilang gemilang tersebut. Besar kemungkinan pada majlis berikutnya, akan diadakan di Dewan Utama TATI University Collage sendiri kerana dewan tersebut sekarang ini masih di peringkat pembinaan.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seusai majlis , tetamu dihidangkan dengan jamuan tengahari.
p/s : Moga kalian semua terus berjaya dan berjaya.
AHMADZ TATIUC
Labels:
Konvokesyen
TATIUC - HAT YAI . Part 2
JUMAAT
5.30 pagi : Bangun awal sebab belum dapat biasakan diri dengan tempat baru dan solat.
9.00 pagi : Makan pagi di Sulaiman Restoran.
11.30 pagi : Destinasi pertama, Nora Plaza ( Jual barangan kulit seperti dompet , beg tangan, tali pinggang, ole-ole dan macam-macam lagi).
12.00 tengahari : Singgah di Pantai Ikan Duyung. Terdapat patung ikan duyung di gigi pantai. Ramai pelancong mengambil kesempatan untuk bergambar bersama. Saya membeli sedikit ole-ole sebagai kenangan.
12.30 tengahari : Makan tengahari di tepi pantai. Menu tomyam merah + ikan masak 3 rasa + telur dadar + sayur campur + nasi putih. Sangat mendamaikan dan mengenyangkan, Alhamdulillah.
13.30 petang : Melawat Tang Kuan Hill. Harga tiket 30 Bhat ( RM 3.00). Dapat lihat pemandangan bandar Songkhla dari atas bukit berkenaan.
14.30 petang : Melawat Naga Head dekat Song Thale Park , Songkhla.
Image via Wikipedia16.00 petang : Singgah berehat minum jeli kelapa di tepi jalan. Marvelous!
16.20 petang : Membeli belah di kilang jual kekacang, makanan kering dan lain lain.
17.00 petang :Melawat Floating Market. Sungguh saya amat kagum dengan cara mereka mengekali adat yang dulu.
18.30 petang : Balik semula ke Sakura Hotel , solat jamak ta`khir ( Zuhur + Asar).
20.00 malam : Solat jamak taqdim ( Maghrib + Isya`). Naik Tuk- Tuk menuju ke Pasar Malam. beli T-Shirt.
00.30 malam : Kembara Mimpi...ZZzzzzz
SABTU
6.00 pagi : Bangun dan solat
8.30 pagi : Makan pagu di Sulaiman Restoran. Menu Roti Canai Telur dan Teh Tarik . Harga 40 Bhat.
9.00 pagi : Naik Tuk - Tuk ke Bazaar Market.Macam- macam ada kat situ. Yang penting ada fulus.
12.00 tengahari :Check out dan bersiap sedia untuk pulang.
AHAD
6.15 pagi : Sampai di TATIUC..Alhamdulillah..

Wednesday, October 27, 2010
TATIUC ke Hat Yai , Part 1
Kami bertolak dari TATIUC , Telok Kalong , Kemaman jam 9.00 malam -+. Percutian selama 3 hari 4 malam ini merupakan program pertama saya bersama dengan kakitangan TATIUC. Oleh kerana program kali ini adalah berbentuk santai, banyak persinggahan yang menjadi sasaran kami.Memulakan perjalanan dengan iringan bacaan doa safir moga dilindungi dari musibah.
RABU
22.30 malam : Singgah makan dan minum di Kawasan Rehat Gambang.
KHAMIS
3.00 pagi : Singgah minum dan makan ringan di Kawasan Rehat Tapah.
5.50 pagi : Singgah untuk Solat Subuh berjemaah di Kawasan Rehat Sungai Perak.
9.30 pagi : Kami singgah lagi di Kawasan Rehat Gurun untuk minum pagi .
10.45 pagi : Kami selamat sampai akhirnya di sempadan Bukit Kayu Hitam. Semua bagasi dibawa turun keran 3 buah van komuter siap sedia menunggu di situ. Proses di pondok imigresen Hat Yai memakan masa lebih kurang sejam.
11.45 pagi : Alhamdulillah , kami masuk ke negara Thailand dengan selamat dan singgah di kedai tukar matawang. Saya dapat sebanyak 2,880.45 Bhat setelah tukar sebanyak RM 300.00
12.00 tengahari : Menuju Sadao , Kawasan Menjual Bundle (Pakaian Terpakai) dan Bahan Basah. Saya dipahamkan oleh seorang penjual di situ berasal dari Patani yang barang di situ kebanyakkan di ambil dari Bangkok dan tiruan kelas pertama dan kedua.Saya sempat membeli buah pir berharga 20 Bhat bersamaan RM 2.00.
13.45 tengahari : Makan Tengahari di Malay Restoran kepunyaan Pak Rahim ( asal Narathiwat). Menu nasi putih + tomyam putih + ikan 3 rasa + telur dadar sangat menyelerakan.
14.30 petang : Check in di Sakura Hotel berlokasi di tengah bandar Hat Yai. Saya dapat bilik 902 , tingkat paling atas bersama Azahari.
20.00 malam : Semua orang ke pasar malam untuk memulakan aktiviti membeli belah sedangkan kami masih lena diulit mimpi. Saya dikejutkan Azahari pada pukul 9.15 malam waktu Malaysia bersamaan 8.15 malam waktu Thailand.
20.30 malam : Kami berdua turun ke kedai 7 Eleven untuk beli air mineral sebab dalam peti sejuk disediakan air mineral berserta arak beer jenis Heineken , akibatnya peti sejuk kami tidak disentuh dan selepas itu kami berjalan-jalan di kawasan bandar. Malangnya kebanyakkan kedai sudah tutup.
22.30 malam : Kami berehat di kawasan luar lobi hotel sambil bersembang . Fauzan membawa balik Nasi Beriani Ayam Goreng Bawang. Jazakallahu khairan Ya Fauzan!
00.15 pagi : kembara mimpi...Zzzzz
Monday, October 25, 2010
Kelahiran Baru
Salam semua blogger dan pembaca yang dikasihi ALLAH TAALA sekalian,
Segala puji bagi ALLAH dan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasallam dan ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat- sahabat baginda serta seluruh umat islam samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Hari ini merupakan hari di mana berlakunya `kelahiran baru` iaitu blog dalam hidup saya. Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat dan kepesatan pembangunan yang amat ketara dunia sekarang memanggil hati kecil ini untuk turut sama berkecimpung dalam dunia blogger sekaligus bergelar blogger.
Harapan saya agar diberi kekuatan dan ilham oleh ALLAH TAALA agar terus memberi dan berkongsi kepada pembaca sekalian. Setakat ini dahulu sebagai pendahuluan . Sehingga berjumpa lagi di lain masa.

pendahuluan
Subscribe to:
Posts (Atom)